EMPAT Soalan Popular bagaimana untuk Membeli Emas (Lock emas) Tanpa Melalui GAP
1. Apa maksud LOCK harga?
Lock harga bermaksud anda telah membuat tempahan dan bersetuju untuk membeli pada harga semasa seperti yang dipaparkan di blog ini atau
www.publicgold.com.my
Contoh :
Harga semasa 250 gram (PG Sell) pada 5 Jun 2017 adalah RM47,438. Sekiranya pada 6 Jun 2017 harga 250 gram (PG Sell) melonjak kepada RM48,000 anda tetap hanya perlu membayar jumlah harga yang anda LOCKED pada 5 Jun 2017. Begitu juga sebaliknya jika harga emas jatuh selepas lock harga dibuat.
2. Adakah terdapat kos-kos lain yang perlu dibayar atau hanya mengikut seperti harga web?
Hanya tambahan untuk bayaran Gold Premium dikenakan. Gold Premium adalah kos pengangkutan atau penghantaran emas fizikal dari kilang emas ke cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Sebagai contoh harga semasa 10 gram adalah RM1,926 + Gold Premium (Semenanjung) RM10 = RM1,936.
PENTING : Emas dan perak fizikal (LBMA) keluaran Public Gold dikecualikan GST.
 |
Gold Premium Bagi Semenanjung Malaysia & Borneo.
3. Pernahkah pelanggan membuat pembatalan LOCK harga?
Semenjak saya berniaga emas fizikal (bermula 2016) pembatalan lock harga sangat jarang berlaku. Namun begitu perkara seperti ini tidak dapat dielakkan dan pasti akan berlaku kepada mana-mana Dealer yang mempunyai ramai pelanggan. Biasanya pelanggan yang tidak membuat bayaran selepas locked harga bukanlah pelanggan yang serius dan saya kategorikan sebagai PENIPU!
4. Apakah kesan kepada pelanggan yang membuat pembatalan LOCK?
Public Gold akan menyenarai hitamkan pelanggan-pelanggan yang pernah membuat pembatalan lock dan tidak membuat bayaran selepas tempahan dibuat. Penalti atau dendaakan dikenakan keatas pelanggan yang tidak membuat bayaran (ditetapkan oleh Public Gold).
Sekiranya pelanggan tersebut ingin membuat urusan belian dan jualan semula pada masa akan datang, beliau perlu menjelaskan penalti keatas pembatalan tempahan yang pernah dibuat sebelum ini.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Bagaimana cara LOCK harga?
Anda hanya perlu ikuti EMPAT langkah mudah dibawah :
Langkah 1 :
Lihat harga emas disebelah kanan blog ini atau layari www.publicgold.com.my dan buat pilihan produk. Selepas itu anda perlu SMS/WhatsApp butir-butir berikut ke +60177649012 atau +60197335053 :
- Nama penuh
- No. kad pengenalan
- E-mel anda
- Branch Public Gold pilihan
- Produk pilihan
Admin akan membuat tempahan online untuk anda mengikut harga semasa. Dalam tempoh 24 jam, Sales Order akan di e-melkan kepada anda beserta jumlah bayaran yang perlu dibuat.
Selepas 24 jam, jika masih belum menerima Sales Order jangan buat bayaran dan hubungi Admin semula untuk semakan.
Langkah 2 :
Selepas menerima Sales Order anda hendaklah membuat bayaran ke Akaun Bank Public Gold. Bayaran boleh dibuat melalui pindahan online, Kaunter Bank, CDM dan Cek.
Nama Akaun : Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
Maybank : 5071-3410-4563
Public Bank : 3167-52-0833
E-mel : payment@publicgold.com.my
PENTING : Resit pembayaran perlu dibawa semasa mengambil emas fizikal di cawangan Public Gold pilihan
Langkah 3 :
E-melkan bukti bayaran bersama nama penuh, no. kad pengenalan dan no. handphone anda ke payment@publicgold.com.my
Cc bukti bayaran kepada Admin; najfiegoldempire@gmail.com
Tujuan e-mel bukti bayaran ini adalah memastikan stok tempahan anda tersedia awal dan memudahkan pihak Public Gold menyemak bayaran yang telah dibuat. Setelah itu anda boleh menghubungi Admin atau cawangan Public Gold terdekat untuk memaklumkan bila tarikh ingin membuat pengambilan emas fizikal.
Langkah 4 :
Akhir sekali anda boleh ke cawangan Public Gold pilihan untuk mengambil tempahan emas dan perak fizikal. Bagi pengambilan stok kali pertama anda perlu mengisi borang pelanggan atau Dealer baru. Bahagian Introducer tuliskan :
MUHAMAD NAJIB BIN MOHD RAMLI (PG00081533).
Dokumen-dokumen WAJIB dibawa untuk pengambilan stok emas :
- Kad pengenalan
- Bukti bayaran asal (WAJIB)
- Salinan muka depan akaun Maybank atau Public Bank (Untuk Dealer baru sahaja. Pelanggan biasa tidak perlu).
NajfieGoldEmpire
Public Gold Authorised Priority Dealer
PG00081533
+60177649012 / +60797335053
najfiegoldempire@gmail.com
|
No comments:
Post a Comment